kelmarin . semalam . hari ini & esok

Jumaat, 6 Mei 2011


Kelmarin,
kau mengucapkan kata-kata indah,
kau taburi diri ini dengan janji-janji manis,
kau sanjungi dan kau belai diri ini,
bagaikan seorang puteri..

Semalam,
kau mula berubah,
tiada lagi kata-kata indah,
tiada lagi janji-janji manis,
yang lahir darimu hanyalah kata-kata yang menyentap kebahagiaan kelmarin..

Hari ini,
setiap kali ku pandang wajahmu,
hatiku ini bagaikan terbakar dan dihiris belati tajam,
namun menihat sinar matamu hatiku meronta-ronta,
bagaikan ingin mengundang kembali memory kita bersama..

Esok,
masihkah ada ruang di hatimu, untuk diriku ini menumpang kasih?
atau mungkinkah segala yang berlalu antara kau dan aku ditinggalkan hanyalah buat sejarah?
dan membiarkan ia menjadi memory sekuntum rindu..




kelmarin merupakan kenangan yang paling indah dalam hidupku.
oleh itu,  akan ku lalui  hari itu kerna
dirimu amat teristimewa  di hatiku.

sekiranya boleh untukku tidak berjumpa dengan hari semalam,
akan ku  terus ke hari ini kerna
aku menyayangi segala kenangan pada hari kelmarin
kenangan bersama dirimu

jika hari ini  tiba,
akan ku  elak jua kerna
aku tidak mampu melupakan segala kenangan yang ada bersamamu..

namun akan ku terus menunggu esok hari 
seperti mana aku  menunggu dirimu
serta mencari  kembali kenangan yang hilang itu.
kenangan bersama dirimu

   

1 ulasan:

bungamerah berkata...

dont make relationship with someone if u not ready to face love..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...